Sunday, February 20, 2011

Tahun Baru Azam Baru

Assalamualaikum...kepada pembaca budiman,Alhamdulillah saya dapat melancarkan blog sendiri khas untuk tatapan semua.Saya cuba create sendiri dan akhirnya usaha saya berjaya.Semoga saya dapat manfaatkan tulisan dan idea saya dalam blog ini.USAHA TANGGA KEJAYAAN.Itulah peribahasa yang sinonim digunakan di awal tahun 2011 ini.Harapan yang tinggi disandarkan di bahu sendiri agar kejayaan mengiringi hingga ke hujung tahun.Buat anak didik sekalian, buatlah perancangan sekarang jika hendak berjaya dengan Cemerlang.


 Wajah anak tersayang...Aqil dan Amirul, gambar dirakamkan di Muzium Negara.Diorang ni memang seronok pergi jalan-jalan sebab dari kecil memang dah terbiasa.Tapi saya suka ajak diorang ni pegi tempat-tempat yang boleh mendatangkan ilmu macam di Muzium nie..sekurang-kurangnya dapat mempelajari tentang sejarah negara kita.
Impian Country Resort, Hulu Langat
Hakimi masuk hutan,pertama kali mengikuti kem pengawas.Kem ini telah diadakan di Impian Country Resort.Cabaran memang dirasai.Dia ni takut sikit, lemah semangat (tp suka tengok filem seram).Sebab tu saya masukkan kem nie.Ada sedikit perubahan dalam dirinya selepas pulang.Sebagai anak sulung dalam keluarga, saya rasakan ianya perlu baginya bagi membentuk jati diri.Go Hakimi. U cant do it !
Kiri : Haikal,Hezriq,Kimi,Faiq,Amirul,Liya dan Aqif
 Geng Basikal Muda, ini nama team yang Hakimi berikan.Diorang ni memang akrab.Seminggu sekali mesti berjumpa di hujung minggu.Biasanya rumah Mama tempat perjumpaan setiap Sabtu dan Ahad.Kalau naik basikal memang menyeronokkan.Tapi saya tetap beritahu mereka ttg keselamatan ketika di jalanraya.Maklum jelah dalam keseronokan menunggang basikal kadang-kadang tanpa sedar kemalangan boleh berlaku.Kayuh perlahan-lahan dan berhemah, itu nasihat yang sering saya katakan kepada mereka.Alhamdulillah,tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.Semoga satu hari nanti, anak2 ini mengikuti langkah Anuar Manan dalam sukan lumba basikal.